Paling Popular
Terkini

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menyelar kumpulan pendesak Melayu, PERKASA yang mendakwa kerajaan menghilangkan identiti negara semasa
Majlis Pecah Tanah Projek Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) pada 9 Ogos lalu kerana menggunakan bahasa Mandarin.

Nazri yang juga adalah ahli majlis tertinggi Umno berkata jika beliau boleh mengembalikan masa, dirinya mahu mempelajari bahasa Mandarin.

"Mereka (PERKASA) ini rasis, siapa mereka (PERKASA), mereka tidak penting, mereka tidak mewakili sesiapa pun," kata Nazri pada sidang akhbar di Shah Alam petang ini.

Menteri yang lantang itu juga bertanya sama ada PERKASA akan mengutuknya kerana menggunakan bahasa Inggeris

"Ini tidak menjadikan Bahasa Malaysia kurang digunakan. Dalam dunia berbilang bahasa, saya bercakap bahasa Inggeris, adakah mereka mahu mengutuk saya kerana bercakap bahasa Inggeris?

"Kita semua berbilang bahasa. Hanya mereka yang berfikiran sempit dan mempunyai berasa rendah diri (membuat kenyataan sedemikian).

"Sekiranya saya berpeluang untuk kembali ke zaman muda, saya akan belajar bahasa Mandarin, apa yang salah?" katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS