Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Permohonan Dr M cabar pelantikan CJ ditetapkan 24 Okt

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan tarikh 24 Oktober untuk mendengar permohonan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar pelantikan semula Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif yang melepasi umur persaraan rasmi.

Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Datuk Kamaludin Md Said di kamarnya semasa pengurusan kes hari ini.

Peguam Mahathir, Mohd Haniff Khatri Abdulla berkata Hakim Kamaludin juga mengarahkan semua pihak untuk memfailkan penghujahan bertulis.

Beliau juga berkata bahawa Jabatan Peguam Negara hari ini menyatakan mereka akan mengemukakan bantahan awal terhadap permohonan kebenaran itu.

Ini disahkan oleh peguam kanan persekutuan Amarjeet Singh.

Pejabat Perdana Menteri pada Julai lalu mengumumkan bahawa Hakim Md Raus akan terus berkhidmat sebagai ketua hakim negara selama tiga tahun bermula 3 Ogos setelah dilantik sebagai hakim tambahan untuk Mahkamah Persekutuan pada hari dan tempoh yang sama.

Raus mengangkat sumpah sebagai ketua hakim pada 5 Ogos.

Pengkritik termasuk Badan Peguam Malaysia mendakwa pelantikan itu tidak sah memandangkan Hakim Md Raus telah melepasi umur persaraan 66 tahun dan enam bulan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS