Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dr M: Saya undur sukarela, diktator tidak
Diterbitkan:  Aug 17, 2017 1:18 PM
Dikemaskini: 5:44 AM

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata mereka yang melabelnya sebagai "diktator" lupa bahawa beliau sebenarnya secara sukarela meletak jawatan sebagai perdana menteri pada tahun 2003.

Beliau berkata diktator tidak akan meletakkan jawatan dan kekal berkuasa sehingga mereka mati dan digantikan oleh anak-anak mereka.

"Saya letak jawatan secara sukarela, saya tidak digantikan oleh anak saya tetapi pemimpin parti dengan segera cuba mengunakan parti dan kerajaan untuk menentang saya.

"Tidak ada seorang diktator yang pernah meletak jawatan secara sukarela," katanya dalam catatan terbaru di blog hari ini.

Mahathir, yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun, berkata diktatorlazimnya akan berdepan dengan kebangkitan rakyat apabila mereka kehilangan kuasa, tetapi ini tidak berlaku ke atas dirinya.

"(Diktator) tahu apabila mereka kehilangan kuasa, rakyat akan menghukum mereka.

"Selepas saya letak jawatan, di sebalik usaha oleh pengganti saya untuk memburuk-burukkan saya, rakyat terus menerima dan menyokong saya.

"Malah parti-parti pembangkang yang pernah kutuk saya sanggup terima saya dan parti yang saya tubuhkan, mereka turut memilih saya sebagai salah seorang pemimpin mereka. Diktator mana yang dilayan sedemikian?" soalnya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS