Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dr M ke dewan pernah diancam bakar Pemuda Umno
Diterbitkan:  Aug 17, 2017 9:19 PM
Dikemaskini: 3:14 PM

Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di tengah Kuala Lumpur itu pernah diugut akan dibakar oleh pemuda Umno semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri.

Minggu depan, di situ jugalah Dr Mahathir dijadual akan berkunjung untuk menyampaikan ucapan yang memfokuskan hal-hal berkaitan pelaburan China di Malaysia.

Berdasarkan promosi majlis itu yang tersebarkan kepada orang ramai, turut menyertai Dr Mahathir di KLSCAH itu nanti ialah pakar ekonomi Dr Jomo K Sundaram, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan pakar perbankan Azrul Azwar Ahmad Tajudin.

Mereka akan menyampaikan ucapan pada 24 Ogos ini.

Jomo banyak menulis mengenai ekonomi Malaysia termasuk hal berkaitan rasuah di bawah pentadbiran Dr Mahathir.

KLSCAH pernah diancam untuk dibakar pada 2000 apabila Jawatankuasa Rayuan Pilihan Raya Pertubuhan Cina Malaysia (Suqiu) membuat beberapa tuntutan kepada kerajaan.

Dr Mahathir melabel pertubuhan berkenaan sebagai komunis dan pelampau selepas 17 rayuan mereka dikemukakan kepadanya menjelang pilihan raya umum ke-10 pada 1999.

Ugutan itu disuarakan naib ketua Pemuda Umno ketika itu Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir jika Suqiu tidak membuat permohonan maaf berhubung rayuan mereka yang disokong kira-kira 2,000 pertubuhan Cina.

Pada 2015, KLSCAH pernah membuka pintunya untuk perdana menteri keempat Malaysia itu selepas beliau mengeluh banyak premis melarang dia mengadakan program.

Ketika itu Dr Mahathir sudah mula menjadi pengkritik kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Abdul Razak. Walaupun begitu beliau belum lagi meninggalkan Umno.

Dr Mahathir kini dilantik sebagai pengerusi Parti Pribum Bersatu Malaysia (BERSATU) yang turut menghimpunkan ramai bekas pemimpin Umno, termasuk bekas timbalan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS