Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
13 maut selepas van rempuh orang ramai di Barcelona
Diterbitkan:  Aug 18, 2017 9:57 AM
Dikemaskini: 3:54 AM

GLOBAL l Gerakan memburu pemandu van yang merempuh pelancong di kawasan tumpuan pelancong di Barcelona dilancar pada hari Khamis. Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dalam serangan di mana IS mendakwa bertanggungjawab.

Pihak berkuasa berkata jumlah kematian boleh meningkat, dengan lebih daripada 100 orang cedera, sesetengahnya parah.

Polis berkata mereka menahan dua lelaki, seorang keturunan Maghribi dan seorang lelaki dari wilayah Afrika utara Melilla, walaupun kedua-duanya bukan pemandu van tersebut. Para saksi berkata pemandu itu melarikan diri meninggalkan van itu selepas rempuhan tersebut.

Ia masih tidak jelas berapa banyak penyerang yang terlibat.

Beberapa jam sebelum itu, seorang terbunuh dalam satu letupan di sebuah rumah kira-kira 100km di barat daya Barcelona, ​​dalam kejadian yang dikaitkan dengan serangan itu, kata polis. Penghuni rumah itu membuat bahan letupan, kata sumber polis Catalonia.

Dalam kejadian lain, polis menembak mati seorang lelaki yang memandu kereta merempuh pusat pemeriksaan polis di Barcelona, ​​walaupun mereka tidak mempunyai bukti bahawa dia ada kaitan dengan serangan van itu.

Saksi-saksi berkata, van itu memecut laju menuju ke Las Ramblas, sebuah jalan yang sibuk dengan pelancong, dan merempuh pejalan kaki dan penunggang basikal.

Agensi berita IS, Amaq berkata: "Pelaku serangan di Barcelona adalah tentera IS dan menjalankan operasi itu sebagai respons terhadap gesaan untuk menyasarkan negara-negara gabungan" - yang merujuk kepada gabungan yang diketuai Amerika menentang kumpulan militan Sunni.

Sepanyol mempunyai beberapa ratus tenteranya di Iraq yang menyediakan latihan kepada pasukan tempatan dalam memerangi IS, tetapi mereka tidak terlibat dalam operasi ketenteraan.

Dakwaan IS itu tidak dapat disahkan. [Baca berita penuh]

- Reuters

Lihat Komen
ADS