Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
'Kerusi itu terbang ke arah saya, bukan Mahathir'

Anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), yang bertanya soalan sebelum kekecohan di forum Nothing to Hide 2, Ahad lalu, berkata objek dibaling ke arahnya, bukan pengerusi parti itu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mohd Taufik Abas, 29, justeru berkata penganjur yang patut dikenakan tindakan kerana gagal memastikan keselamatan peserta.

Taufik bertanya soalan berkaitan peristiwa berdarah Memali pada tahun 1985 ketika Mahathir menjadi perdana menteri.

“Jika kamu lihat video acara itu, kerusi jauh daripada Tun, mereka bukan hendak cederakan dia.

“Dan sebahagian penganjur, pakai baju ARMADA (Pemuda BERSATU), baling kerusi dari atas (tingkat satu dewan),” dakwa exco ARMADA yang telah diketepikan daripada jawatannya itu.

Versi rasmi BERSATU bagaimanapun berkata kerusi dan selipar yang dibaling, serta suar yang dinyalakan, menyasarkan Mahathir yang sedang berucap di pentas.

Semalam, seorang lagi anggota BERSATU mendakwa turut menjadi sasaran kerusi bagi menghalang beliau bertanya soalan mencabar dalam forum itu.

Taufik mempertahankan beliau masih exco ARMADA walaupun ketuanya Syed Saddiq Abdul Rahman berkata jawatannya telah digugurkan.

Taufik berkata beliau masih menjawat jawatan itu kerana masih tidak menerima surat rasmi serta tidak dipanggil berdepan jawatankuasa disiplin BERSATU.

Ketika dihubungi, Syed Saddiq berkata usaha menghubungi Taufik telah dijalankan melalui pelbagai cara, termasuk panggilan telefon dan pesanan teks, tidak berjaya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS