Lim Si Pin yang sebelum ini dinasihatkan oleh bapanya, Presiden Gerakan, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik supaya jangan bertanding hari ini memenangi jawatan Timbalan Ketua Pemuda Gerakan tanpa bertanding.

Si Pin, 36, memberitahu pemberita, beliau berbuat demikian kerana sokongan padu daripada pengikutnya.

Proses pencalonan Wanita dan Pemuda Gerakan berlangsung di Menara PGRM hari ini manakala pemilihan ditetapkan 26 Ogos ini. Pencalonan untuk jawatan utama parti akan diadakan pada 20 Ogos ini dan pemilihan pula ditetapkan pada 27 Ogos.

Penyandang jawatan Ketua Pemuda Gerakan, Datuk Mah Siew Leong juga turut menang tanpa bertanding. Mah sudah dua penggal memimpin pergerakan tersebut.

Berikutan itu, pemilihan Pemuda Gerakan kali ini hanya membabitkan tiga jawatan naib pengerusi dan 12 ahli jawatankuasa pusat. Tujuh calon akan bertanding jawatan naib pengerusi manakala 15 bertanding bagi jawatankuasa pusat.

Sementara itu, Si Pin memberitahu pemberita, walaupun bapanya telah menasihatkannya supaya tidak bertanding, "tetapi ada ketikanya kita tidak boleh menentang hasrat akar umbi".

Si Pin merupakan anak sulung daripada tiga beradik dan telah menyertai pergerakan itu sejak 1996 dan merupakan ahli jawatankuasa pusat Gerakan sejak dua penggal lalu.

Manakala Mah berharap pemilihan pergerakan parti itu pada 26 Ogos ini tidak memecah-belahkan parti.

Rhina tidak pertahan jawatan

Bagi Wanita Gerakan pula, penyandang jawatan ketua pergerakan itu, Datuk Rhina Bhar membuat kejutan apabila tidak mengemukakan kertas pencalonan bagi mempertahankan jawatannya itu.

Berikutan itu, pertandingan bagi jawatan nombor satu pergerakan itu membabitkan pertandingan satu lawan satu antara Timbalan Setiausaha Agung, Tan Lian Hoe dan Ketua Wanita Wilayah Persekutuan Surin Leong Soo Yong.

Rhina yang ditemui pemberita untuk bertanyakan sebab beliau tidak bertanding, berkata langkah itu diambil bagi memastikan parti terus bersatu.

Senarai pencalonan pemilihan Pemuda Gerakan 2005

Ketua Pemuda

Datuk Mah Siew Keong* (menang tanpa bertanding)

Timbalan Ketua Pemuda

Lim Si Pin (menang tanpa bertanding)

Naib Ketua (3)

1. Yong Yoon Kong

2. Choo Hock Chuan

3. S. Paranjothy

4. A. Kohilan Pillay *

5. Cheng Teng Woh

6. Koh Kian Siang *

7. Huan Cheng Guan *

Ahli Jawatankuasa Pemuda Gerakan (12)

1. Ong Siang Liang

2. Ting Sing Wuong

3. Chai Tek Loong

4. Gan Thuan Bun *

5. Victor Choo Hock Chuan

6. Chung Chit Chiang *

7. Ou Kwee Hua *

8. Tham Fook Loong *

9. Yap Chen Heng

10.G.Krishnan *

11.Hoo Saw Ho

12.Oh Tong Keong

13.Ang Poon Thiam

14.Ong Soon Ghee *

15.Liang Teck Meng

* ialah Penyandang