Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Op basikal lajak: 52 remaja, 2 kanak-kanak lelaki ditahan
Diterbitkan:  Aug 19, 2017 7:06 AM
Dikemaskini: 11:13 PM

Polis menahan 52 remaja dan dua kanak-kanak lelaki dalam Op Basikal Lajak di Dataran Cahaya Kulai, dekat Kulai, semalam.

Kesemua 52 remaja lelaki berkenaan membabitkan tiga murid sekolah rendah, 48 pelajar sekolah menengah dan seorang penuntut sebuah kolej manakala dua kanak-kanak itu berumur lima dan enam tahun.

"Operasi terbabit bermula dari 5 petang hingga 8 malam. Polis mengeluarkan sebanyak 54 saman hasil pemeriksaan terhadap 72 jenis basikal," kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Johor Supt Dzulkhairi Mukhtar berkata dalam satu kenyataannya malam tadi.

Daripada 72 basikal yang diperiksa, 60 daripadanya adalah basikal lajak manakala 12 lagi merupakan lain-lain jenis.

Kesemua 60 basikal terbabit disita mengikut Seksyen 112 (3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Polis sudah menghubungi ibu bapa kesemua remaja yang ditahan untuk mengambil anak masing-masing selain menghadiri sesi kaunseling,” katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS