Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bantuan zakat fakir miskin untuk Orang Asli mulai September

Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan menyalurkan bantuan zakat kepada 11 fakir miskin dan seorang mualaf di Perkampungan Orang Asli, Batu 12, Gombak mulai bulan depan.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS Hussin Mohd Ali berkata mereka akan diberikan bantuan yang bersesuaian mengikut garis penentuan kemiskinan keluarga terlibat.

"Isu perkampungan Orang Asli di kawasan ini agak unik kerana status tanahnya adalah Hutan Simpan. Jika kami hendak salurkan bantuan untuk membina atau memperbaiki rumah, ia agak sukar kerana beberapa peraturan yang ditetapkan kerajaan negeri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyertai program Skuad Jejak Kemiskinan (SJK) daerah Gombak di Perkampungan Orang Asli, Batu 12, melibatkan 40 keluarga untuk mencari individu atau keluarga yang layak menerima bantuan zakat.

Seramai 44,484 ketua keluarga fakir dan miskin di Selangor menerima bantuan LZS sejak awal tahun ini sehingga Jun, manakala 46,500 lagi menerima bantuan berkenaan tahun lepas, dengan bantuan yang disalurkan termasuk makanan, tempat tinggal, kewangan, perubatan, pendidikan anak-anak dan sewa rumah.

Dalam kunjungan itu LZS turut melawat penerima bantuan bulanan agensi berkenaan.

Sejak tiga tahun lepas iaitu Kamaruddin Mohamad, 49, yang menghidap penyakit saraf mata dan lemah anggota badan sejak 2006.

Menurut isterinya, Norlida Mahasan, 43, bantuan sebanyak RM600 sebulan untuk bayaran sewa bilik dan perbelanjaan harian, wang tunai RM1,564 sebulan untuk kos rawatan dan perubatan suami serta bekalan susu dan lampin pakai buang itu mampu mengurangkan beban yang ditanggung keluarganya.

-Bernama

Lihat Komen
ADS