Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kes ‘bin Abdullah’: Mahkamah Persekutuan benarkan penangguhan

Anggota tiga panel Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md Raus Sharif hari ini membenarkan permohonan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Rayuan yang memerintahkan supaya ketua pengarahnya mendaftarkan nama seorang anak berusia tujuh tahun dengan nama bapanya dan bukan dengan 'bin Abdullah'.

Penangguhan itu dibenarkan bermula hari ini sehingga mahkamah tertinggi itu mendengar permohonan rayuan JPN dan ketua pengarahnya dan jika kebenaran diberikan sehingga pelupusan kes di Mahkamah Persekutuan.

Di peringkat Mahkamah Persekutuan, rayuan kes sivil tidak dibenarkan secara automatik dan kebenaran perlu dipohon sebelum merit penuh didengar berhubung persoalan undang-undang yang ditimbulkan.

Ini berikutan peguam keluarga itu yang diketuai oleh K Shanmuga dan Nizam Bashir, menyatakan bahawa mereka tidak akan membantah penangguhan itu sehingga peringkat kebenaran.

Permohonan untuk penangguhan dibuat oleh peguam kanan persekutuan Ahmad Teriruddin Mohd Said bagi pihak Jabatan Peguam Negara.

Pendengaran untuk permohonan penangguhan JPN dijadualkan pada 8 Sept.

Pada masa yang sama, Hakim Md Raus membenarkan permohonan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) untuk mencelah dalam kes itu. Walau bagaimanapun, mahkamah tertinggi menolak permohonan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk turut campur tangan.

Dua hakim lain yng bersidang sama ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Alizatul Khair Othman.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS