Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Tutup patung bukan sebab MB turun padang'
Diterbitkan:  Aug 21, 2017 1:08 PM
Dikemaskini: 5:09 AM

Patung ahli falsafah dan sasterawan India Thiruvalluvar di sebuah sekolah Tamil di Negeri Sembilan ditutup bagi “melindungi” cat yang baru diwarnakan.

Ia juga bukan dibuat atas arahan kerajaan negeri menjelang lawatan menteri besar Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini, seperti dakwaan di media sosial.

“Kita tutup patung itu sebab baru sahaja cat semula.

“Kita mahu lindunginya kerana sedang membina pentas untuk acara itu,” kata seorang jurucakap SJK(T) Ladang Shanghai kepada Free Malaysia Today.

Jurucakap itu juga menunjukkan gambar patung yang dicat baru kepada portal itu dan meminta orang ramai berhenti menyebarkan khabar angin.

Penutupan patung itu mula-mula diketengahkan oleh pemimpin PKR Negeri Sembilan.

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy mendakwa apa yang berlaku menunjukkan kebangkitan ekstremisme agama.

Beliau mempersoalkan apa masalahnya dengan patung itu yang bukan pun sosok keagamaan.

Anggota parlimen Perai itu menyelar MIC Negeri Sembilan, sekolah dan guru besar atas dakwaan berdiam diri dalam isu itu.

Lihat Komen
ADS