Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Unisel 'dilawati' SPRM
Diterbitkan:  Aug 22, 2017 11:10 AM
Dikemaskini: Aug 25, 2017 6:34 AM

Suruahnjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan menyerbu Universiti Selangor (Unisel) serta empat tempat lain yang ada kaitan dengan institusi pengajian tinggi itu hari ini.

Menurut laporan The Star antara premis yang 'dilawati' pegawai SPRM ialah pejabat Menteri Besar Incorporated (MBI) dan Jana Niaga Sdn Bhd.

Dilaporkan enam anggota SPRM tiba di kampus Unisel Shah Alam kira-kira jam 9.50 pagi dan disambut kakitangan universiti itu sebelum dibawa ke bangunan pejabat.

Tindakan SPRM hari ini dipercayai dibuat berdasarkan laporan ke atas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dan MBI berhubung pertikaian antara Unisel dan Jana Niaga.

Syarikat Jana Niaga dituduh menerima bayaran walaupun gagal memenuhi kontraknya bersama Unisel.

Bagaimanapun MBI mendakwa bayaran berkenaan dibuat kepada Jana Niaga mengikut keputusan timbang tara mahkamah.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS