Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pihak pendakwaan telah meminda pertuduhan fitnah jenayah terhadap anggota parlimen Pandan dan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.

Perkara itu dilakukan selepas Rafizi menimbulkan kemungkinan bahawa pertuduhan itu cacat.

Timbalan pendakwaraya (DPP) Mohd Abazafree Mohd Abbas memberitahu majistret Umzarul Ain Nur Umar dalam prosiding hari ini bahawa pihak pendakwa bersetuju bahawa terdapat kekeliruan dalam pertuduhan itu tahun lalu dan berusaha meminda pertuduhan itu.

Abazafree dari bahagian pendakwaan di Jabatan Peguam Negara, kemudian memohon supaya pindaan itu dibacakan kepada Rafizi.

Rafizi didakwa pada April lepas atas fitnah jenayah terhadap Tabung Haji yang disiar melalui Facebooknya, selepas kakitangan lembaga itu memfailkan aduan pada 18 Februari tahun lepas.

Terdapat empat perenggan yang dianggap memfitnah dalam posting Facebook berkenaan.

Dalam dua perenggan, Rafizi mempersoalkan rizab Tabung Haji bagi tahun kewangan berakhir tahun 2015 dan keuntungan yang diperoleh Tabung Haji berjumlah RM3.5 bilion, yang telah diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Dua lagi perenggan berkaitan dengan tuduhannya bahawa jumlah deposit baru mengatasi pengeluaran dan pembayaran bonus bagi tahun 2012 diumumkan kerana hampir menjelang pilihan raya, manakala bonus pada tahun 2014 diberikan untuk meredakan skandal 1MDB.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS