Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Biarkan Umno dibuai mimpi yang elok-elok di Pagoh'

Anggota Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Umno menafikan hakikat bahawa beliau masih memiliki pengaruh di kawasan sendiri.

Sebaliknya Muhyiddin berkata beliau masih diterima baik dalam kalangan pengundi di Pagoh dan sudah berkhidmat di kawasan itu hampir 40 tahun.

"Saya fikir sebahagian besar rakyat di Pagoh mengenali saya. Mereka tidak bertindak seperti sesetengah tempat macam nak memberontak di jalan raya, berdemonstrasi, tetapi mereka adalah orang yang faham dan tahu.

"Ini terbukti apabila saya tubuh Parti Pribumi (BERSATU) di Pagoh, sokongan luar biasa. Bila saya turun ke bawah, sambutan macam biasa. Jadi tak apalah andaian oleh Umno bahawa saya tidak ada penyokong, baguslah begitu.

"Biarkan (Umno) dibuai oleh-oleh mimpi-mimpi yang elok-elok, yang hakikatnya tidak begitu," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS