Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pemimpin-pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) menawarkan diri untuk memberi keterangan dalam suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat peristiwa berdarah Memali pada tahun 1985.

Timbalan presiden parti itu Salahuddin Ayub berkata pihaknya menyambut baik siasatan tersebut bagi memperkasakan amalan demokrasi di negara ini.

“Saya dan kami (AMANAH) bersedia memberikan keterangan kepada RCI jika dipanggil kerana ia adalah forum terbaik untuk menghuraikan kekeliruan rakyat berhubung isu tersebut,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Wisma AMANAH Negara, Kuala Lumpur.

Bekas naib presiden PAS itu berkata AMANAH berharap RCI Memali dapat ditubuhkan secepat mungkin.

Hadir sama dalam sidang media itu Presiden AMANAH Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Anuar Tahir, Pengarah Komunikasi Khalid Samad dan ketua Wanita AMANAH Dr Mariah Mahmud.

Kebanyakan pemimpin-pemimpin kanan AMANAH ketika kejadian bergiat dalam parti lama mereka, PAS.

Mereka menubuhkan AMANAH sebagai sebuah parti Islam baru selepas ditolak beramai-ramai dalam pemilihan PAS sebelum ini.

Katanya lagi, penubuhan RCI itu diharapkan akan menamatkan polemik rakyat berkenaan isu itu dan bukan menjadikannya senjata politik terhadap musuh-musuh politik menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Bekas naib presiden PAS itu berkata AMANAH berharap RCI Memali dapat ditubuhkan secepat mungkin.

Hadir sama dalam sidang media itu Presiden AMANAH Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Anuar Tahir, Pengarah Komunikasi Khalid Samad dan ketua Wanita AMANAH Dr Mariah Mahmud.

Kebanyakan pemimpin-pemimpin kanan AMANAH ketika kejadian bergiat dalam parti lama mereka, PAS.

Mereka menubuhkan AMANAH sebagai sebuah parti Islam baru selepas ditolak beramai-ramai dalam pemilihan PAS sebelum ini.

Sementara itu dalam sidang media tersebut, Mohamad turut ditanya berkaitan isu kutipan dana tabung Memali yang didakwa diseleweng.

"Itu secara perinciannya kena tanya PAS Kedah (bagaimana duit itu disalurkan) dan isu itu telah lama sejak wujudnya isu Memali,” katanya yang ketika itu bergiat bersama PAS.

Malah isu itu pernah dibangkitkan salah seorang individu yang bertanggungjawab ke atas Tabung Memali Zainon Ismail atau CN Al-Afghani.

Utusan Malaysia pada 2013 melaporkan salah seorang individu yang bertanggungjawab ke atas tabung itu – Zainon Ismail atau CN Al-Afghani – mendesak siasatan dibuat terhadap dakwaan penyelewengan bernilai jutaan ringgit.

Lihat Komen
ADS