Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Projek Bandar Malaysia: Enam firma berminat, kata Irwan
Diterbitkan:  Aug 23, 2017 3:03 PM
Dikemaskini: 7:07 AM

Enam firma telah menyatakan minat untuk menjadi peneraju utama Bandar Malaysia, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.

"Kami membawa mereka untuk melawat tapak projek dan mereka perlu mengemukakan cadangan sebelum akhir bulan ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran Program Sukarelawan untuk Profesional Antarabangsa (VIP) di Kementerian Kewangan hari ini.

Mohd Irwan yang juga pengerusi Bandar Malaysia Sdn Bhd, berkata beliau tidak pasti firma mana daripada enam itu akan mengemukakan cadangan mereka menjelang akhir bulan ini.

Putrajaya sedang mencari sebuah firma untuk menerajui projek pembangunan hartanah bernilai berbilion ringgit di tengah-tengah Kuala Lumpur.

Pada asalnya, rancangan Putrajaya untuk Bandar Malaysia membabitkan penjualan 60 peratus saham dalam projek berkenaan kepada konsortium Iskandar Waterfront Holdings (IWH) dan China Railway Engineering Corp (CREC).

Bagaimanapun, perjanjian itu ditamatkan selepas konsortium berkenaan didakwa gagal memenuhi jadual pembayaran.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS