Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Moga Allah cucuri rahmat pada roh korban Memali'
Diterbitkan:  Aug 23, 2017 3:06 PM
Dikemaskini: 7:08 AM

Watak utama dalam peristiwa Memali 1985 Tan Sri Musa Hitam hari ini berkata beliau insaf bahawa kejadian itu telah menjadi titik hitam dalam sejarah Malaysia.

Justeru, katanya, suruhanjaya siasatan diraja (RCI) yang sedang diperkatakan hendaklah dilaksanakan dengan tenang dan berfokus tanpa prejudis atau pilih kasih.

“Hanya dengan penubuhan, prosiding dan keanggotaan yang berkredibeliti disertai dengan amalan yang telus dan berintegriti, kebenaran dapat diperoleh dan negara kita akan dihormati oleh rakyat tempatan dan dunia antarabangsa,” katanya.

Beliau juga mendoakan supaya roh pihak yang terkorban dalam insiden itu dicucuri rahmat oleh Allah.

Musa ketika kejadian menjadi timbalan perdana menteri dan menteri dalam negeri serta sering dipersalahkan atas tragedi yang mengorbankan 14 penduduk kampung dan empat anggota polis itu.

Ketegangan muncul setelah polis mahu menangkap pemimpin PAS Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya yang dikaitkan dengan ajaran sesat dan keganasan, tetapi ditentang oleh pengikut-pengikutnya.

Isu itu muncul kembali selepas dibangkitkan dalam forum kecoh melibatkan perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad di Shah Alam baru-baru ini.

Lihat Komen
ADS