Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita

Parti Amanah Negara (AMANAH) berkata, apa pun keputusan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berkaitan insiden Memali kelak, agenda menjatuhkan kerajaan BN tidak terjejas.

Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad berkata pihaknya akan tetap meneruskan usaha itu meskipun tanpa Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Walau apa keputusan RCI, rancangan jatuhkan kerajaan kleptokrasi diteruskan, bersama Tun Dr Mahathir atau tidak, jatuhkan kerajaan akan diteruskan,” katanya dalam sidang media di Wisma AMANAH di ibu negara hari ini.

Beliau diminta mengulas jika RCI itu memutuskan Mahathir bersalah dalam kejadian Memali di Baling pada 32 tahun lalu.

Sementara itu, Khalid sekali lagi mendesak supaya RCI berkaitan isu Felda, kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan 1MDB turut ditubuhkan.

“Kita minta RCI ditubuhkan dan jangan jadikan ia bahan politik.

“Selain itu, buka juga RCI kes Felda, Altantuya, 1MDB. Ini 1MDB dalam parlimen pun tak boleh cakap,” katanya.

Sementara itu, ditanya pendirian HARAPAN jika RCI Memali tidak memihak kepada Mahathir, Timbalan Presiden AMANAH Salahudin Ayub memberitahu Malaysiakini bahawa perkara itu masih pramatang.

“Jangan kita menghukum sesiapa sebelum diadakan RCI,” katanya.

Konvensyen di 'negeri kuat'

Sementara itu, juga AMANAH juga mengumumkan akan mengadakan konvensyen parti itu buat kali kedua pada 15 hingga 17 September ini di sebuah hotel di Alor Setar, Kedah.

Setiausaha Agung AMANAH Anuar Tahir berkata tema konvensyen kali ini adalah “Menjunjung amanah rakyat” bagi menjelaskan hasrat parti itu untuk menerajui pentadbiran negeri itu selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Kedah antara negeri paling kuat menyokong Pakatan Harapan. Konvensyen kali ini himpunan terakhir kumpul ahli AMANAH sebelum PRU yang akan berlangsung bila-bila masa,” katanya.

Anuar turut berkata, Pakatan Harapan turut akan mengadakan sambutan Hari Malaysia di negeri itu pada 15 September, bertempat di Perkarangan Wisma Harapan baru, Stargate, Kedah.

Lihat Komen
ADS