Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Harga petrol kekal, diesel turun lagi
Diterbitkan:  Aug 23, 2017 5:28 PM
Dikemaskini: 9:40 AM

Setelah naik empat minggu berturut-turut, harga baru petrol mulai jam 12.01 tengah malam ini kekal.

Harga runcit RON95 dan RON97 akan tetap dijual pada harga RM2.15 dan RM2.43 seliter sehingga Rabu akan datang.

Bagaimanapun, harga diesel turun lagi 3sen kepada RM2.01 seliter. Minggu lepas ia dijual pada harga RM2.06 seliter.

Harga minyak diumumkan setiap Rabu.

Ia kini ditetapkan secara mingguan berdasarkan kedudukan harga Means of Platts Singapore (Mops) serta kekukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat pada minggu terdahulu.

Mekanisme baru ini diperkenalkan sejak April lalu.

Lihat Komen
ADS