Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Selepas membangkitkan isu kesediaan kerajaan mempertimbangkan penubuhan suruhanjaya diraja (RCI) tragedi Memali, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini enggan mengulas soalan berkaitan isu berkenaan.

Sebaliknya, menteri dalam negeri itu memberitahu bahawa akan ada satu sidang media khas mengenai penubuhan suruhanjaya tersebut.

"Nanti ada PC (sidang media) khas," katanya ringkas sebelum bergegas meninggalkan Pusat Konvensyen Mines di Seri Kembangan bagi menghadiri jemputan lain.

Beliau berkata demikian ketika pemberita mengajukan soalan untuk bertanya tentang RCI bagi menyiasat peristiwa Memali yang berlaku pada November 1985.

Sebelum itu, Zahid merasmikan Festival Halal 2017.

Isu untuk RCI Memali dibangkitkan Zahid di dalam Twitternya Ahad lalu.

Zahid berkata, kerajaan akan mempertimbangkan penubuhan RCI sekiranya terdapat permintaan atau usul daripada individu, pertubuhan atau parti politik.

Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985 dan mengorbankan 18 nyawa.

Ia kembali hangat susulan kekecohan semasa program Nothing to Hide 2.0 apabila terdapat hadirin bertanya tentang peristiwa berkenaan kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada program itu.

Lihat Komen
ADS