Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Cuba halang perobohan di Kg Kastam - lelaki ditahan

Polis menahan seorang lelaki kerana cuba menghalang perobohan kuarters lama kerajaan yang dahulunya dihuni oleh kakitangan Jabatan Kastam di Kampung Kastam, Bukit Gelugor, Pulau Pinang, semalam.

Mohammed Munawir Md Noor, 41, ditahan oleh ASP Rohizat Halim, pegawai polis yang mengendalikan operasi di Jalan Lembah di mana kerja perobohan itu dijalankan.

Lelaki itu sedang disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Omar, lelaki itu cuba menghalang kerja perobohan di situ dan tidak menghiraukan arahan polis.

Difahamkan Munawir, yang mempunyai saudara-mara yang tinggal di kuarters itu, cuba menghalang tiga pemandu jentolak daripada meroohkan rumah itu.

Difahamkan perobohan di Kampung Kastam itu adalah untuk pembinaan kira-kira 2,000 rumah PR1MA oleh kerajaan persekutuan.

Menurut Anuar, anggota polis hadir untuk mengawal keadaan di situ.

Dalam satu kenyataan yang diedarkan oleh Anuar, Jabatan Tanah dan Galian Putrajaya (JKPTG) berkata ia telah merobohkan 20 kuarters kosong manakala baki 57 lagi akan dirobohkan hari ini.

Suruhanjaya Tanah Persekutuan memiliki plot lapan ekar itu, di mana kerja perobohan itu melibatkan 114 kuarters.

Notis untuk mengosongkan kuarters itu telah dikeluarkan oleh Jabatan Kastam pada tahun 2015. JKPTG mengeluarkan notis terakhir kepada penduduk supaya mengosongkannya awal bulan ini pada 7 Ogos lalu.

Kenyataan itu berkata kerja-kerja perobohan itu sepatutnya bermula pukul 8.30 pagi semalam, tetapi dihentikan kerana "provokasi" penduduk.

Menjelang pukul 2 petang, Suruhanjaya Tanah Persekutuan mengarahkan perobohan itu diteruskan, dengan mengatakan tiada lagi penangguhan melainkan diluluskan oleh suruhanjaya itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS