Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Memo gesa pengerusi PKR K'tan lepas jawatan palsu'
Diterbitkan:  Aug 24, 2017 9:40 AM
Dikemaskini: 4:36 AM

Satu memorandum yang dikatakan dari PKR Kelantan yang menggesa Pengerusihya, Ab Aziz Ab Kadir melepaskan jawatannya, adalah tidak benar, demikian menurut satu laporan.

Sinar Harian memetik Ketua Komunikasi PKR Kelantan Mohd Sukirman Mustafa sebagai berkata PKR Kelantan tetap komited dalam hubungan sesama rakan dalam Pakatan Harapan sebagaimana arahan pimpinan pusat sama ada dalam bentuk program bersama dan sebagaimana.

“Surat layang tersebut menyatakan bahawa ia adalah daripada pimpinan PKR Kelantan sendiri. Surat ini adalah palsu dan hanya bertujuan untuk memberi Imej negatif kepimpinan PKR di Kelantan terutama barisan kepimpinan Majlis Pimpinan Negeri (MPN).

"Ia adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan tidak beretika,” kata laporan itu, yang memetik satu kenyataan.

Memorandum itu dilaporkan menyenaraikan sepuluh kegagalan Ab Aziz dan tiga alasan mengapa dia harus melepaskan jawatannya. Ia dikatakan tersebar melalui aplikasi sosial WhatsApp dan juga media sosial lain.

Sukirman menggesa anggota PKR Kelantan supaya jangan terpengaruh dengan berita palsu yang tidak boleh disahkan sumbernya, dalam menghadapi tempoh pilihan raya umum (PRU) yang semakin hampir.

[Baca berita penuh]
 

Lihat Komen
ADS