Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan segmen khas "Keganasan: Luka Masih Merah" yang memaparkan keganasan di negara ini sejak sebelum merdeka hingga sekarang.

Menurut kenyataan RTM hari ini, segmen itu akan disiarkan mulai Isnin ini menerusi siaran Warta Perdana di TV1 pada jam 8 malam.

"Ia antara lain memaparkan keganasan yang dilakukan oleh komunis, kumpulan Al Maunah dan mereka yang melakukan demonstrasi jalanan," demikian menurut kenyataan itu.

Segmen ini antara lain akan memaparkan temuramah dengan bekas Menteri Dalam Negeri Tun Ghazali Shafie, bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar serta beberapa wira dan pejuang negara yang terlibat menentang keganasan.