Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MBI: SPRM ambil keterangan empat individu
Diterbitkan:  Aug 24, 2017 5:59 PM
Dikemaskini: 10:01 AM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mengambil keterangan daripada empat individu berhubung siasatan dakwaan penyelewengan pembayaran RM16 juta oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) kepada sebuah syarikat swasta.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata siasatan berhubung kes berkenaan dimulakan dua hari lepas dan SPRM masih lagi mengumpul keterangan saksi-saksi.

Katanya SPRM menjalankan siasatan terhadap MBI berdasarkan aduan yang diterima.

"Bila kita siasat bermakna ada aduan diterima," katanya kepada pemberita diminta mengulas mengenai siasatan SPRM ke atas MBI selepas upacara menaikkan bendera SPRM di bangunan baharu SPRM di Presint 7 di Putrajaya hari ini.

SPRM pada Selasa lepas menggeledah lima lokasi untuk mendapatkan maklumat dan dokumen bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Syarikat swasta itu dikatakan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan kediaman pelajar di kampus induk Universiti Selangor (Unisel) di Bestari Jaya, Kuala Selangor.

- Bernama
 

Lihat Komen
ADS