Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Keadilan buat Memali boleh ditangguh, tak boleh dinafi'
Diterbitkan:  Aug 25, 2017 12:08 PM
Dikemaskini: 4:40 AM

Kerajaan akan meneliti dengan terperinci cadangan penubuhan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) peristiwa Memali 1985 selepas mendapat maklum balas pelbagai pihak, termasuk PAS.

Bagaimanapun, setakat ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak, beliau belum menerima sebarang cadangan.

“Kita akan serahkan pada kepimpinan untuk urus dan kita lihat sama ada mereka setuju atau tidak.

“Kita harus lihat perkara ini dalam konteksnya, kerana isu ini kini dikaitkan dengan Amanat Hadi. Kita patut fokus sama ada kerajaan patut tubuhkan RCI sekarang atau tidak. Itu isunya.

“Lebih penting lagi, kerajaan akan meneliti cadangan ini secara mendapat selepas kita menerima memorandum daripada pihak-pihak berkepentingan, termasuk PAS,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

“Prinsipnya di sini adalah keadilan, dan ia boleh ditangguh, tapi bukan dinafikan,” katanya.

Amanat Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang pada tahun 1981 dikaitkan antara punca keganasan yang mengorbankan 14 penduduk kampung dan empat anggota polis itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS