Anggota Parlimen DAP di Pulau Pinang memfailkan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan Lanjutan Masa (EOT) yang diberikan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan kepada pemaju swasta bagi menyiapkan projek mereka.

Ditemui di luar bangunan SPRM, Anggota Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik mendakwa "pihak berkepentingan" terlibat dalam proses itu, walaupun laporan menyatakan bahawa mahkamah telah memutuskan bahawa menteri tidak mempunyai kuasa untuk memberi EOT.

"Sekiranya menteri tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian, sebarang lanjutan yang diberikan adalah ultra vires terhadap Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 dan bertentangan dengan undang-undang ini.

"Oleh itu, pembeli rumah dinafikan hak mereka untuk menuntut pampasan 10 peratus daripada pemaju masing-masing kerana unit mereka lewat disiapkan," kata Ng kepada wartawan hari ini.

Beliau memberikan respon terhadap jawapan parlimen yang diberikan kepada AnggotaParlimen Seremban Anthony Loke bahawa antara 2014 dan 2017, Jabatan Perumahan telah menerima 441 permohonan EOT.

Daripada jumlah ini, 354 permohonan telah diluluskan, dengan beberapa kelulusan bersyarat, sementara 87 ditolak, menurut jawapan itu.

Jabatan Perumahan juga meneliti 416 permohonan, sebahagian besar unit tidak terjual, termasuk kerana terjejas oleh bencana alam, di mana 338 telah diluluskan manakala 78 ditolak.

[Baca berita penuh]