Najib hadiri jamuan rakyat di Balik Pulau
Diterbitkan: Aug 26, 2017 2:46 PM | Dikemas kini: Aug 26, 2017 2:49 PM
Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Politeknik Balik Pulau bagi menghadiri jamuan rakyat dan merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Balik Pulau petang ini.
Perdana Menteri tiba kira-kira pukul 1 tengah hari dan disambut barisan kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan Umno negeri.
Beliau kemudian menyertai kira-kira 5,000 penduduk Balik Pulau pada majlis jamuan rakyat.
Presiden Umno itu dijadual merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Balik Pulau selepas majlis jamuan rakyat.
Sebelum berlepas pulang, perdana menteri dijadual menghadiri majlis sambutan Jubli Emas Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Balik Pulau.
Sekolah berkenaan dirasmikan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein 50 tahun lepas.
- Bernama

