Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali berkata "gangguan dan intimidasi" terhadap Universiti Selangor (Unisel) dan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) disebabkan cemburu terhadap pencapaian kerajaan negeri.

"Disebabkan semua kejayaan ini, banyak orang cemburu dan cuba mengganggu dan menakut-nakutkan saya dan kerajaan negeri," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Antara kejayaan Selangor katanya, termasuk perpaduan dalam Pakatan Harapan dan antara parti dalam pentadbiran kerajaan negeri sejak diberikan mandat pada Pilihan Raya Umum ke-13.

"Banyak orang turut cemburu dengan kejayaan Selangor dalam mengendalikan ekonomi dan kewangan dengan cara yang betul, telus dan penuh integriti," katanya.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selasa lalu menyerbu Unisel dan empat lokasi lain termasuk MBI dan Jana Niaga Sdn Bhd.

Tindakan SPRM dipercayai berdasarkan laporan yang dibuat terhadap Azmin dan MBI atas pertikaian antara Unisel dan Jana Niaga.

Jana Niaga didakwa menerima pampasan walaupun gagal memenuhi kontraknya dengan Unisel.

MBI bagaimanapun mendakwa pembayaran kepada Jana Niaga dibuat selepas timbang tara mahkamah.

MBI turut mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menuduh agensi itu melakukan rasuah.

Azmin hari ini juga berkata mereka akan bekerjasama dengan SPRM bagi membantu siasatan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS