Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
TPM dedah bukti sayangnya Raja Salman pada Malaysia

Pemerintah Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz al-Saud memang sayang kepada Malaysia dan pemimpinnya, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Perasaan itu katanya diterjemahkan kepada rakyat negara ini dengan memudahkan perjalanan umat Islam mengerjakan haji.

Berucap kepada rombongan yang akan berangkat ke Tanah Suci hari ini timbalan perdana menteri berkata antara langkah diambil ialah menugaskan pegawai imigresen dan kastam mereka di Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya.

Pegawai terbabit jelas Ahmad Zahid akan menguruskan hal berkaitan ketibaan di Arab Saudi.

"Duta (Arab Saudi) telefon saya, mohon visa dengan segera kepada 20 orang pegawai pegawai imigresen mereka untuk berada di Kompleks Tabung Haji bagi urusan cap pas ketibaan. (Kemudahan ini) tidak ada di negara lain.

"Ertinya Raja Salman sayang kepada rakyat dan kepimpinan Malaysia. Itu diterjemahkan kepada rakyat Malaysia," katanya.

Menurut Ahmad Zahid secara peribadi beliau mengenali Raja Salman dan bagaimana pemerintah itu memberikan Malaysia keutamaan untuk tidak perlu ada (urusan) pelepasan di Jabatan Imigresen (Arab Saudi).

Sebelum ini Bernama melaporkan Arab Saudi memilih Malaysia sebagai negara pertama menjayakan projek perintis prapelepasan jemaah haji yang mengecualikan jemaah daripada perlu pemeriksaan pasport dan kastam setiba di Jeddah dan Madinah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata projek antara kedua-dua kerajaan itu akan dilaksanakan bagi tujuh penerbangan terakhir membawa jemaah negara haji tahun ini.

“Apabila jemaah haji kita sampai di Jeddah dan Madinah, mereka akan terus keluar dari lapangan terbang tanpa perlu menjalani pemeriksaan pasport dan kastam," katanya.

Seramai 30,200 jemaah Malaysia berpeluang mengerjakan haji tahun ini dan mereka berlepas secara berperingkat sejak 24 Julai lalu dan berakhir esok.

Rombongan itu dijadual pulang ke tanah air mulai 7 Sept hingga 4 Oktober ini.

Ahmad Zahid berkata ada beberapa pihak meremehkan kenyataan Najib mengenai kemudahan berkenaan.

"Selalunya kita meremehkan perkara terbaik untuk kita. Kita sering memandang bintang di langit tetapi kita tidak memandang muka di bumi. Itu silap kita di Malaysia," katanya bermadah.

Lihat Komen
ADS