Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Adun Guar Sanji fokus bantu Umno hadapi PRU14

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Guar Sanji Jafperi Othman akan terus bekerja keras membantu jentera Umno bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang walaupun jika tidak terpilih sebagai calon.

Jafperi berkata ini kerana beliau tidak pernah berasa kecewa selepas tidak lagi menjadi anggota Exco April lepas sebaliknya terus bekerja seperti biasa sebagai wakil rakyat dengan mendekatkan diri bersama rakyat.

"Apa yang saya lakukan ini semata-mata untuk meyakinkan rakyat agar terus memberi mandat kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) memerintah negeri ini dan negara selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Jafperi dan Adun Santan Datuk Sabry Ahmad digugurkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man dalam rombakan Exco negeri Perlis, April lepas.

Beliau berkata soal siapa yang bakal menjadi calon tidak perlu difikirkan kerana apa yang perlu diberi perhatian adalah cara untuk mendapatkan sokongan rakyat pada PRU14.

Jafperi menjadi Adun Guar Sanji selama tiga penggal sejak 2004.

-Bernama

Lihat Komen
ADS