Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
UM4, Asheeq, gagal cabar penggantungan universiti

Empat mahasiswa Universiti Malaya (UM) dan seorang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini gagal dalam usaha mencabar tindakan tatatertib yang dikenakan ke atas mereka kerana menyertai perhimpunan Tangkap Malaysian Official 1 (MO1) pada tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur S Nantha Balan ketika menolak saman pemula pelajar itu berkata, Seksyen 15(3)(b) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 tidak bertentangan dengan artikel Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan, kebebasan bersuara dan berhimpun.

Beliau berkata, pelajar berkenaan sepatutnya memfailkan semakan kehakiman.

Di sebalik keputusan itu, Asheeq Ali Sethi Alivi dari UKM berkata beliau dan rakan-rakannya akan terus mendesak untuk pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (UUCA), yang "mengehadkan penyertaan pelajar dalam aktiviti luar."

"Kami kecewa, tetapi ambil maklum dengan UKM4 yang berjaya dalam tindakan mereka," katanya, sambil menambah bahawa mereka akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.

Beliau juga membidas pihak berkuasa universiti kerana menuntut kos sebanyak RM15,000 walaupun kes itu berkepentingan awam.

UKM4 merujuk kepada empat pelajar UKM, yang berjaya mencabar penggantungan mereka kerana menyertai kempen politik semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor. Mahkamah mengisytiharkan bahawa penggantungan mereka tidak sah.

Pada 27 Disember 2016, empat pelajar UM yang didapati bersalah oleh Jawatankuasa Tatatertib kerana menyertai perhimpunan Tangkap MO1, memfailkan saman pemula atas dakwaan tindakan disiplin ke atas mereka bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Mereka adalah Anis Syafiqah Md. Yusof, 25, Mohamad Luqman Nul Haqim Zul Razali, 24, Muhammad Luqman Hakim Mohd. Fazli, 23, dan Suhail Wan Azahar, 23.

Pada Mac lalu, Asheeq, 22, pula memfailkan permohonan serupa selepas digantung pengajiannya oleh UKM kerana menyertai perhimpunan yang sama.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS