Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberi penduduk Kampung Gatco perintah penangguhan 60 hari berkuatkuasa hari ini sementara menunggu pendengaran rayuan mereka di Mahkamah Rayuan.

Peneroka merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini yang membenarkan tuntutan balas Thamarai Holdings Sdn Bhd untuk ganti rugi.

Mahkamah juga memutuskan bahawa peneroka tidak mempunyai locus standi untuk memulakan tuntutan itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Hakim Datuk Hue Siew Kheng mengeluarkan perintah penangguhan di dalam kamar.

"Dengan ini, Thamarai Holdings tidak dibenarkan memotong atau membersihkan pokok-pokok di kawasan itu sementara menunggu perbicaraan di Mahkamah Rayuan," kata peguam yang mewakili peneroka, R Kenghadaran.

Beliau berkata syarikat itu memohon deposit sebanyak RM5,000 untuk perintah penangguhan itu tetapi Mahkamah Tinggi hanya membenarkan bayaran RM3,000 yang mesti dijelakan oleh peneroka dalam masa 14 hari.

Perbicaraan di Mahkamah Rayuan dijadualkan pada 14 September.

[Baca berita penuh]