Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan cadang portal berita wajib daftar dengan SKMM

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang mempertimbangkan cadangan untuk mewajibkan portal berita dalam talian yang layak untuk berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Menterinya Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata cadangan itu bertujuan untuk menjadikan portal media di negara ini lebih bertanggungjawab dan memudahkan SKMM melakukan pemantauan jumlah pengunjung ke portal terbabit.

Katanya perbincangan mengenainya kini di peringkat akhir sebelum ia dikemukakan kepada Peguam Negara menjelang akhir tahun ini.

"Pendaftaran akan dilakukan mengikut kriteria tertentu bagi menentukan sama ada portal media tersebut layak untuk didaftarkan atau tidak.

"Sebaik didaftar, semua portal berita akan tertakluk kepada undang-undang mengikut Akta Multimedia sekali gus memudahkan kawalan dan pemantauan dibuat menerusi SKMM," katanya kepada pemberita selepas majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Instagram Merdeka 2017 #im60 (foto dan video) dan pelancaran album kumpulan Patriot, di Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Salleh berkata selain pendaftaran media cetak, pendaftaran media dalam talian juga telah diamalkan oleh negara lain termasuk Singapura.

Beliau berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri bagi memastikan pelaksanaannya lebih lancar dan teratur selain mengadakan perjumpaan dengan pengendali media dalam talian.
 

-Bernama

Lihat Komen
ADS