Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
AMANAH: 'kluk klek' PAS tiada tempat dalam HARAPAN
Diterbitkan:  Aug 29, 2017 9:44 AM
Dikemaskini: 2:35 AM

Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) menyambut baik pendirian Pakatan Harapan yang menolak kerjasama dengan PAS, ketika terdapat rundingan komponennya PKR dengan parti itu.

Ketua Pemudanya Mohd Sany Hamzan berkata pendirian itu amat dinanti-nantikan bagi memudahkan perancangan gerak kerja bersama keempat-emat parti di semua peringkat.

"Ayuh, kita tingkatkan gerak kerja dan perkuatkan kerjasama bagi menarik sokongan rakyat terhadap Pakatan Harapan,” katanya.

Pemimpin-pemimpin kanan HARAPAN tengah malam tadi mengeluarkan kenyataan tidak akan bekerjasama dengan PAS dan sedang merangka strategi untuk kemungkinan menghadapi pertandingan tiga penjuru.

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali sebelum ini mengaku sedang mengadakan perbincangan tidak rasmi dengan PAS bagi berdepan pilihan raya, walaupun kedua-dua parti tidak lagi mempunyai kerjasama politik.

Ia menimbulkan rasa tidak senang bukan sahaja anggota komponen HARAPAN tetapi juga pemimpin kanan PKR lain.

Seorang anggota biro politik PKR telah meletakkan jawatan sebagai tanda protes manakala Naib Presiden PKR Rafizi Ramli pula mengusulkan kongres khas bagi membincangkan perkara itu.

Dalam kenyataan pagi ini, Sany mengingatkan bahawa HARAPAN telah pun memberi peluang kepada parti lain bergabung bersama untuk berdepan BN.

“...namun PAS bersikap angkuh dan sombong apabila enggan untuk bersama dalam satu pasukan sebaliknya parti itu telah menubuhkan blok ketiga iaitu Gagasan Sejahtera bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).

“Sikap 'kluk klek' dan angkuh PAS ini tidak ada tempat di dalam gabungan pembangkang yang mengamalkan prinsip bekerjasama antara satu sama lain demi mencapai matlamat utama iaitu menjatuhkan kerajaan yang penuh kebobrokan ketika ini,” katanya.

Lihat Komen
ADS