Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengerusi RCI forex digesa tarik balik 'kesimpulan'
Diterbitkan:  Aug 29, 2017 9:59 AM
Dikemaskini: 5:55 AM

Pengerusi suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berkaitan kerugian Bank Negara dalam urus niaga pertukaran wang asing (forex) Tan Sri Mohd Sidek Hassan menolak gesaan untuk menarik balik 'kesimpulannya' minggu lepas.

Di permulaan prosiding hari ini, peguam bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad – Mohamed Haniff Khatri Abdulla – mendesak Sidek menarik bali kesimpulannya bahawa kerugian akibat urus niaga itu bernilai sekurang-kurangnya RM31.5 bilion antara tahun 1991 hingga 1994.

Haniff berkata kesimpulan yang dibuat minggu lalu itu adalah pramatang kerana diisytiharkan tanpa memaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu yang menitahkan RCI itu.

“Kami gesa pengerusi tarik balik kesimpulan yang diumumkan bagi memastikan maruah suruhanjaya ini dipertahankan,” kata Haniff.

Sidek bagaimanapun meneruskan prosiding di Istana Kehakiman Putrajaya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS