Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Saya dipecat melalui WhatsApp'
Diterbitkan:  Aug 29, 2017 11:52 AM
Dikemaskini: 3:53 AM

Setelah digugurkan jawatan semalam, bekas ketua Pemuda PKR (AMK) Hafidz Rizal Amran hari ini membuka mulut dan mendakwa pemecatannya tidak melalui proses wajar.

Katanya, beliau hanya menerima arahan pemecatan dan surat rasmi melalui aplikasi pesanan WhatsApp sahaya daripada Ketua AMK Nik Nazmi Nik Ahmad.

“Saya percaya, keputusan ini dibuat oleh YB Nik Nazmi secara sepihak tanpa melalui perbincangan yang sewajarnya,” katanya.

Hafidz mendakwa pemecatan itu tidak melalui mesyuarat biro politik AMK atau majlis pimpinan pusatnya yang didakwa tidak bersidang sejak Mac 2017.

“(Ia juga) tanpa melalui proses perundingan dengan pengerusi MPN Kelantan sebagaimana yang termaktub dalam Peraturan Tetap AMK,” katanya lagi.

Pemecatan Hafidz semalam membawa ke episod baru terhadap kemelut dalaman PKR Kelantan susulan perbezaan pendirian berkaitan kerjasama dengan PAS.

Hafidz antara pemimpin negeri yang mendukung kerjasama PKR-PAS walaupun hubungan rasmi kedua-dua parti sudah dibatalkan.

Isu itu muncul kembali selepas Timbalan Presiden PKR Datuk Sri Azmin Ali mendedahkan pihaknya mengadakan rundingan “sangat tidak rasmi” dengan PAS.

Pakatan Harapan lewat malam tadi menegaskan menolak kerjasama dengan PAS serta bersedia untuk pertembungan tiga penjuru dalam pilihan raya umum akan datang.

Lihat Komen
ADS