Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pihak terbabit saman DOJ 1MDB mahu prosiding diteruskan

Peguam yang memfailkan usul itu berkata, tindakan berkenaan adalah taktik terbaru DOJ untuk menangguhkan prosiding.

Pihak yang terbabit dalam saman Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan 1MDB menggesa mahkamah meneruskan prosiding kes itu.

Ini berikutan permohonan DOJ kira-kira dua minggu lalu mahu penangguhan prosiding untuk mengelakkan penyiasatan jenayah yang berterusan daripada terjejas.

Dalam usul berasingan dan hampir sama yang dikemukakan oleh peguam pihak-pihak berkenaan, mereka berhujah bahawa langkah itu adalah taktik terbaru DOJ untuk melambatkan prosiding dan mengelak hujahan kes berdasarkan merit.

Antara lain, ia berkata, kerajaan AS telah menghabiskan tempoh masa berbulan-bulan berusaha untuk menghalang pihak yang menuntut daripada muncul dalam kes itu, dan kemudian cuba untuk mendapatkan pelucuthakan hartanah berkenaan.

"Sekarang, usaha kerajaan adalah untuk terus mendapatkan penangguhan berhubung semua semua penemuan - mendedahkan realiti bahawa kerajaan tidak berminat untuk menukar maklumat dengan pihak yang menuntut, menghormati hak substantif dan prosedural pihak yang menuntut,” petik dokumen 19 muka surat itu.

Tiga set dokumen itu bertarikh 18 Sept, tetapi hanya diperolehi pada di sistem keadilan elektronik Mahkamah Daerah California semalam.

Ketiga-tiga usul itu adalah untuk saman DOJ yang memohon pelucuthakan harta Viceroy L'Ermitage Beverly Hills, saman berasingan untuk semua aset perniagaan yang berkaitan dengan harta itu, dan saman ketiga yang memohon pelucuthakan royalti yang dimiliki oleh EMI Music Publishing Group North America Holdings Inc to JW Nile (BVI) Ltd, JCL Media Ltd, dan / atau Jwnwel Capital Ltd.

Semua tiga usul itu difailkan oleh kumpulan peguam yang sama.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS