Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Sasaran seterusnya - peguam, doktor...
Diterbitkan:  Aug 29, 2017 2:10 PM
Dikemaskini: 6:12 AM

Adalah lebih baik bagi golongan profesional yang mempunyai isu berkaitan cukai untuk tampil secara sukarela, kata Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Mulai September atau Oktober ini, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Sabin Samitah berkata pihaknya akan mengadakan operasi untuk mengaudit golongan profesional.

“Ahli profesional ini macam peguam, arkitek, jurutera, doktor dan lain-lain.

“Jadi saya nasihatkan mereka sekiranya mereka mempunyai isu seperti percukaian, lebih baik bagi mereka datang dan berjumpa dengan kita, sekarang,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, hari ini.

Sabin berkata sasaran LHDN adalah untuk mengumpul hasil cukai sebanyak RM127.7 bilion tahun ini dan setakat ini, mereka telah mengumpul RM75.7 bilion.

Beliau juga berkata, cabaran yang dihadapi oleh LHDN dalam mencapai sasarannya, termasuk disebabkan oleh pengurangan satu peratus cukai syarikat tahun lalu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS