Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Saman Tajuddin terhadap Khalid, KiniTV ditetap Mac depan

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan tarikh bagi mendengar saman Tan Sri Tajuddin Abdul Rahman terhadap Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, portal KiniTV dan New Straits Times.

Hakim Nordin Hassan menetapkan tarikh perbicaraan pada 26 hingga 29 Mac tahun depan selepas pengurusan kes hari ini.

Saman tersebut difailkan ekoran beberapa siri sidang akhbar apabila Tajuddin mengatakan anggota parlimen Seputeh, Teresa Kok sebagai satu-satunya wanita yang mempunyai 'kok' dan Khalid bertindak balas dengan memanggil beliau 'sial' pada 21 November tahun lepas.

Tajuddin yang juga anggota parlimen Pasir Salak menyaman Khalid kerana sidang akhbar di luar Dewan Rakyat selepas kejadian itu apabila mengulangi perkataan 'sial' terhadap Tajuddin dan mempersoalkan kelakuannya.

Ia mendakwa kenyataan Khalid sebagai fitnah kerana memberikan maksud tersirat bahawa Tajuddin sebagai, antara lain, bukan seorang muslim yang baik, terkutuk ke neraka, tidak bermoral dan tidak layak menjadi seorang anggota parlimen dan timbalan menteri.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS