Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pengarah Komunikasi Strategik Pejabat Menteri Besar Selangor, Yin Shao Loong, hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, hari ini bagi memberi kenyataan berhubung siasatan kes membabitkan Universiti Selangor (Unisel) dan Menteri Besar Incorporated (MBI).

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi Bernama berkata Shao Loong diarah berbuat demikian mengikut Seksyen 30(1)(a) (Akta SPRM 2009).

Shao Loong tiba bersendirian di bangunan baharu SPRM di Presint 7 di Putrajaya pada 9.30 pagi tadi dan beredar keluar kira-kira 3.50 petang.

Shao Loong memberitahu pemberita yang menunggu di luar bangunan SPRM itu bahawa beliau ditanya mengenai kandungan kenyataannya selepas SPRM menyerbu Unisel dan MBI pada 22 Ogos lepas.

Beliau dilaporkan mengeluarkan kenyataan mengenai kekesalan kerajaan negeri Selangor terhadap tindakan SPRM menyerbu Unisel dan MBI dan menyifatkan tindakan itu dirancang untuk menjejaskan imej kerajaan negeri.

Pada 8 Ogos lepas, Pergerakan Pemuda UMNO Kelana Jaya membuat laporan kepada SPRM Selangor berhubung tatacara penyelesaian kontrak berjumlah puluhan juta ringgit di antara Unisel dan Syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) yang didakwa meragukan.

-Bernama

 

Lihat Komen
ADS