Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Indeks Harga Pengeluar naik 7.1 peratus pada Julai
Diterbitkan:  Aug 30, 2017 1:50 PM
Dikemaskini: 5:52 AM

Indeks Harga Pengeluar (IHP) bagi pengeluaran tempatan pada Julai 2017 meningkat 7.1 peratus kepada 106.0 berbanding bulan yang sama tahun lalu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Jabatan perangkaan Malaysia berkata indeks perlombongan mencatatkan peningkatan tertinggi sebanyak 24 peratus, diikuti pertanian, perhutanan dan perikanan (7.8 peratus), pembuatan (5.9 peratus), elektrik dan bekalan gas (1.7 peratus serta bekalan air (0.4 peratus).

Bagi perbandingan bulan ke bulan, IPP bagi pengeluaran tempatan susut 0.3 peratus pada Julai 2017 berbanding Jun 2017 disebabkan penurunan dalam dua sektor - pembuatan (0.7 peratus) dan pertanian, perhutanan dan perikanan (0.1 peratus).

Namun, perlombongan, elektrik, bekalan gas dan air masing-masing meningkat tiga peratus, 0.6 peratus dan 0.2 peratus.

Sementara itu IHP bagi pengeluaran tempatan mengikut peringkat pemprosesan, susut 0.3 peratus pada Julai berbanding bulan sebelumnya, disebabkan penyusutan dalam indeks bahan perantara, bekalan dan komponen (0.8 peratus) dan barangan siap (0.3 peratus).

Namun, indeks bahan mentah diproses selanjutnya meningkat 1.2 peratus, kata jabatan itu.

Ia bekata IHP bagi pengeluaran tempatan mengikut peringkat pemprosesan bagi Julai 2017 meningkat 7.1 peratus tahun ke tahun diorong oleh kenaikan indeks bahan mentah untuk diproses selanjutnya (11.5 peratus), barangan perantara, bekalan dan komponen (8.6 peratus), dan barangan siap (1.3 peratus).

- Bernama

Lihat Komen
ADS