Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Jawatan 'penyelaras' ibarat campurtangan - setiausaha AMK

Keputusan PKR Kelantan untuk melantik seorang "penyelaras" untuk Pemuda PKR (AMK) negeri ibarat campurtangan, kata Setiausaha AMK, Chang Lih Kang hari ini.

"(Pelantikan) ini tidak sesuai dan tidak mengikut perlembagaan parti.

"Parti kita tidak ada jawatan penyelaras AMK negeri. Ini juga tidak wujud di mana-mana negeri.

"Ketua AMK adalah wakil tunggal ahli-ahli," kata Chang kepada Malaysiakini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas keputusan Ketua PKR Kelantan, Ab Aziz Ab Kadir yang melantik Dr Mohd Hafidz Rezal Amran sebagai "penyelaras" AMK negeri.

Mohd Hafidz dipecat dari jawatannya sebagai Ketua AMK Kelantan pada 28 Ogos oleh Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad, yang melantik Mohd Khairul Amin Abd Rahman sebagai penggantinya.

Ab Aziz berkata beliau tidak mengiktiraf Mohd Khairul Azmin sebagai ketua AMK negeri yang baru dan menggesa ahli-ahli di negeri itu supaya bekerjasama dengan "penyelaras" baru Mohd Hafidz.

Chang berkata AMK pusat hanya mengiktiraf Mohd Khairul Amin sebagai ketua AMK negeri dan mencadangkan supaya Ab Aziz memberikan jawatan lain kepada Dr Hafidz Rezal bagi engelakkan kekeliruan.

"Saya cadangkan tukar jawatan 'penyelaras' kepada sesuatu seperti 'ketua biro AMK'," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS