Seorang jurujual dari Medan Indonesia mengaku salah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Pulau Pinang kerana membuat kenyataan yang mendatangkan khianat awam melalui SMS bahawa bom telah diletakkan di Kompleks Tun Abdul Razak, Burma House dan Gurney Drive di negeri tersebut.

Kurniawan, 23, didakwa melakukan kesalahan itu menurut seksyen yang sama di Bilik Gerakan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang kira-kira 8.06 malam, 9 Ogos.

Majistret Ainul Shahrin Mohamad menetapkan 5 Okt ini untuk fakta dan hukuman serta memerintahkan supaya pasport tertuduh dirampas sementara menunggu prosiding selanjutnya.

Tiada jaminan dibenarkan terhadap tertuduh. Pendakwaan bagi kedua-dua pertuduhan itu dijalankan oleh Pegawai Pendakwa ASP S.Subramaniam manakala Kurniawan tidak diwakili peguam.

Satu lagi tuduhan

Kurniawan juga mengaku salah terhadap tuduhan menyebarkan kenyataan melalui SMS sehingga menyebabkan kecemasan awam di Bilik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang kira-kira jam 10.09 pagi 10 Ogos lalu.

SMS itu menyatakan: "Hello, I'm the one of al qaeda member. I want to tell u, about Libenny. He is on the way to go to Penang International Airport. He want to put the bomb at there and want to hijack the lion airlines. Dun thanks for me, bcos I don want see any accident or incident in Malaysia. I love Malaysia."

Terjemahan SMS: (Hello, Saya salah seorang anggota al qaeda. Saya nak beritahu awak, tentang Libenny. Dia sekarang dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Dia mahu letak bom di sana dan mahu rampas lion airlines. Jangan berterima-kasih pada saya, kerana saya tidak mahu sebarang kemalangan atau insiden berlaku di Malaysia. Saya cintakan

Malaysia.)

Kesalahan menurut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Majistret Priscila H.N. Rajan menetapkan 5 Okt ini untuk fakta dan hukuman.

Pendakwaan bagi kedua-dua pertuduhan itu dijalankan oleh Pegawai Pendakwa ASP S.Subramaniam manakala Kurniawan tidak diwakili peguam.