Pasukan pemadam api telah berjaya memadamkan kebakaran di kepulauan Sumatra yang mengakibatkan jerebu melanda rantau ini.

Menurut Menteri Perhutanan Indonesia, Malem Sambat Kaban, kebakaran daripada kerja pembersihan tanah di wilayah Riau dan utara Sumatra menyebabkan jerebu menutupi Malaysia dan Singapura.

"Semua kebakaran berikutan kerja-kerja membersih kawasan ladang, boleh dikatakan sudah dipadamkan. Jadi kini tiada lagi kebakaran," katnya melalui stesen radio swasta, ElShinta.

Beliau berkata, mungkin masih ada kawasan panas yang dikesan oleh satelit, tetapi tidak menunjukkan kawasan kebakaran.

"Masalahnya sekarang ialah Riau merupakan kawasan tanah gambut," katanya, sambil menambah, walaupun kebakaran sudah padam tetapi bara masih membakar di bahagian bawah tanah.

"Dan lebih banyai air yang dicurahkan, semakin banyak asap di kawasan tanah gambut yang terbakar," jelas Kaban.

Beliau berkata, pihak berkuasa tempatan, dengan bantuan pihak tentera, polis dan beberapa pasukan negara lain kini sedang meningkatkan usaha memadamkan kebaran.

Menurut stesen radio tersebut, sejak beberapa hari lalu, wilayah Riau telah menubuhkan pasukan seramai kia-kira 1,200 anggota untuk memadam kebakaran. Mereka turut dibantu oleh anggota pasukan dari luar negeri, termasuk Malaysia.

Kaban juga berkata, ia berpunca daripada kegiatan para petani yang membersihkan kawasan ladang mereka melalui pembakaran, dan bukannya pembakaran kawasan hutan.

"Jangan lupa kebakaran ini tidak berlaku di hutan. Kawasan hutan kita tidak terbakar. Ianya kebakaran kerja kerja-kerja membersihkan kawasan ladang," katanya.

Jerebu tebal

Katanya, sementara kerajaan mengharamkan amalan pembakaran untuk kerja pembersihan ladang, tetapi kesedaran terhadap alam sekitar dan komitmen syarikat perladangan masih rendah.

Jerebu akibat asap kebakaran di Sumatra dan wilayah Indonesia di kepulauan Borneo telah menutupi Malaysia dan Thailand bulan ini, sehingga mengancam kesihatan awam.

Pada tahun 1997 dan 1998, jerebu tebal berpunca daripada kebakaran hutan di Indonesia menutupi sebahagian rantau Asia Tenggara, termasuk Malaysia, berbulan-bulan lamanya, menyebabkan kerugian kira-kira sembilan juta dollar kerana gangguan penerbangan dan aktiviti perniagaan yang lain.

Isnin lalu, Malaysia menghantara 125 anggota untuk membantu memadamkan kebakaran di Sumatra, manakala Singapura juga berkata, republik itu akan menghangar pesawat tentera untuk melakukan pembenihan awan di pulau tersebut.

- AFP