Salam Aidiladha dari Malaysiakini
Diterbitkan: Sep 1, 2017 9:20 AM | Dikemas kini: Sep 1, 2017 9:23 AM
Malaysiakini mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Haji kepada para pembaca, khususnya yang beragama Islam di mana juga anda berada.
Sempena hari kebesaran memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS dalam mentaati perintah Allah SWT dan juga cuti khas berikutan pencapaian luar biasa atlet negara semasa Sukan SEA, kami akan beroperasi dengan jumlah kakitangan yang terhad.
Petugas Malaysiakini akan turut bercuti untuk berhari raya dan mengunjungi rakan-rakan yang menyambut hari kebesaran ini.
Berhati-hati di jalan raya dan kami akan menemui anda seperti biasa pada Selasa, 5 September ini.

