Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tiada rakyat Malaysia terjejas banjir Asia Selatan

Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilapor menjadi mangsa banjir yang sedang melanda Bangladesh, India dan Nepal di Asia Selatan.

Dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini, Kementerian Luar berkata pihaknya akan terus memantau keadaan bencana alam itu melalui Perwakilan Malaysia di Dhaka, New Delhi dan Kathmandu.

"Kerajaan Malaysia mengucapkan takziah dan menyampaikan simpati mendalamnya kepada kerajaan dan rakyat Bangladesh, India dan Nepal, terutama keluarga yang terjejas oleh banjir teruk yang berpunca daripada hujan musim tengkujuh baru-baru ini,” katanya.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 1,200 orang dilaporkan maut dan berjuta-juta penduduk hilang tempat tinggal akibat banjir buruk yang melanda tiga negara itu.

-Bernama
 

Lihat Komen
ADS