Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Terbukti saya betul dalam rundingan PAS'
Diterbitkan:  Sep 2, 2017 10:31 PM
Dikemaskini: 2:41 PM

Timbalan presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali berkata beliau terbukti betul bertindak susulan pengakuan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersetuju hubungan PKR dan PAS dijalinkan kira-kira dua tahun lalu.

"Terbukti saya betul. Kebenaran akan mengatasi penipuan. Mencari penyelesaian memerlukan kesungguhan ikhtiar - bukan sekadar untuk meraih perhatian," tulis Azmin dalam Facebook beliau hari ini.

Azmin dilihat sebagai tokoh utama yang meneruskan rundingan PKR dengan PAS, pendirian yang membawa perpecahan dalam parti itu.

Anwar Ibrahim dalam kenyataan beliau pagi ini berkata apabila PAS memutuskan untuk tidak ikut bersama Pakatan Harapan, beliau menyarankan agar PKR "tidak semestinya memutuskan hubungan dengan PAS selagi ada kesediaan di pihak PAS untuk meneruskan perbincangan."

Anwar berkata beliau konsisten menyuarakan pendirian beliau kepada parti-parti dalam HARAPAN, tetapi "pimpinan berhak membuat penilaian dari semasa ke semasa."

Beliau juga mendapati Azmin yang beliau tugaskan untuk menerajui rundingan tersebut
tahu saranannya iaitu suatu "strategi nasional dan tidak terbatas kepada Selangor sahaja.

Kenyataan Anwar datang pada saat perpecahan dalaman PKR yang menyebabkan ahli-ahli PKR Kelantan enggan patuh kepada pimpinan yang dilihat sangat rapat dengan PAS.

Naib presiden PKR Rafizi Ramli pula melanjutkan lagi perbincangan isu ini dengan menuntut diadakan sebuah kongres khas bagi merumuskan penyelesaian isu sama ada mahu atau tidak meneruskan rundingan dengan PAS.

Majlis Presiden HARAPAN yang telah bermesyuarat memutuskan untuk tidak menjalinkan kerjasama dengan PAS, manakala biro politik PKR pula menegaskan semula komitmen parti itu terhadap gabungan tersebut.

 

Lihat Komen
ADS