Jumlah mangsa banjir di Kuala Selangor kekal
Diterbitkan: Sep 4, 2017 11:33 AM | Dikemas kini: Sep 4, 2017 11:35 AM
Jumlah mangsa banjir di Kampung Seri Sentosa, Kuala Selangor kekal 45 orang daripada 14 keluarga, setakat 9 pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata mereka yang merangkumi 15 lelaki, 18 wanita dan 12 kanak-kanak (4 lelaki dan 8 perempuan) itu ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Surau Ladang Tuan Mee.
"Kesemua mangsa dipindahkan setelah kediaman mereka dinaiki air setinggi 0.3 meter hingga 1.5 meter berikutan hujan lebat sejak 4 pagi semalam," katanya dalam satu kenyataan.
-Bernama

