Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bolehkah DAP berkuasa? Boleh, kata Salleh
Diterbitkan:  Sep 4, 2017 12:48 PM
Dikemaskini: 4:50 AM

Agenda DAP untuk menguasai negara pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 akan datang tidak akan berjaya sekiranya pengundi Melayu tidak bersama mereka.

Namun, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata perkara sebaliknya pula yang akan berlaku jika pengundi Melayu tidak bersatu.

"Sekiranya pengundi Melayu bersama DAP dalam PRU ke-14 nanti, bolehkah DAP menguasai negara ini jika sekadar bertanding 60 kerusi parlimen sahaja?

“Boleh sekiranya Melayu tidak bersatu,” katanya.

Beliau mengingatkan bahawa Malaysia mempunyai banyak kerusi campuran khususnya di Perak, Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.

“Seperti kata pemimpin DAP, berlakunya peralihan undi 10 hingga15 peratus pengundi Melayu sudah mencukupi bagi mereka untuk menguasai Putrajaya," kata Salleh dalam blognya.

Berkaitan undi Melayu, Salleh berkata DAP kini resah kerana PAS tidak lagi bergabung bersama pembangkang.

“Justeru itulah DAP mengeluar pelbagai propagandanya untuk memastikan pengundi Melayu dalam PAS kekal bersamanya dalam Pakatan Harapan,” katanya.

Lihat Komen
ADS