Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Anggota Parlimen Parti Amanah Negara (AMANAH) Hanipa Maidin yakin bahawa rundingan antara PKR dan PAS bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14 tidak akan berjaya.

“(Secara) peribadi, saya tak ada masalah (dengan rundingan) walaupun saya tak optimis (rundingan) akan berjaya.

“Mengenali PAS-lah,” katanya bekas peguam PAS itu kepada Malaysiakini.

Hanipa antara ramai lagi pemimpin kanan parti itu yang menubuhkan AMANAH sebagai parti Islam baru selepas tewas dalam pemilihan ketika muktamar PAS 2015.

Beliau hari ini diminta menghuraikan pendiriannya di Facebook yang menyatakan rasa tidak percaya terhadap PAS dan Umno.

Katanya, beliau mengenali PAS seperti Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) mengenali Umno kerana pernah bersama dalam parti itu.

“...kalau saya, maaf, senang saja, jangan percaya pada dua-dua makhluk ini, itu saja. Itu sayalah yang tak arif sangat sepak terajang politik.

“Jika orang lain nak percaya, terpulang pada mereka. Mari kita merayakan perbezaan, mengikut asas demokrasi, apa macam,” katanya.


Pendirian Anwar mengenai hubungan PKR-PAS

Lihat Komen
ADS